Home Semasa PPN: Melaka, Lembah Klang masuki Fasa 4 mulai 18 Okt

PPN: Melaka, Lembah Klang masuki Fasa 4 mulai 18 Okt

by M.Daim

PUTRAJAYA, 16 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Melaka dan kawasan Lembah Klang akan memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 18 Oktober ini.

Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah akan beralih dari Fasa 2 ke Fasa 3.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, keputusan dibuat oleh selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa bagi negeri-negeri yang terlibat.

“Dengan peralihan fasa bagi negeri-negeri yang dinyatakan, negara Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3,” kata Ismail Sabri.

Beliau menambah, trend bilangan kes positif harian COVID-19 di bawah para 10 ribu kes sehari untuk tempoh 2 minggu berturut-turut.

“Kadar kebolehjangkitan atau R-naught juga terus mencatatkan penurunan dengan mencatatkan angka di bawah paras 1.0 iaitu 0.86,

“Sehingga semalam, kadar vaksinasi populasi dewasa bagi dos pertama adalah 95% manakala jumlah yang menerima dua dos vaksin pula seramai 91.2% dan dijangka terus meningkat,” jelasnya.

Selain daripada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan kebenaran Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya di seluruh negara  dibenarkan beroperasi 24 jam mulai hari ini.

Pada masa yang sama, kenderaan e-hailing dibenarkan mengambil penumpang berdasarkan kapasiti
tempat duduk kenderaan bagi semua PPN. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply