Home SemasaGlobal Jerman beli 5 pesawat rondaan maritim P-8A dari Boeing

Jerman beli 5 pesawat rondaan maritim P-8A dari Boeing

by M.Daim

ARLINGTON, 29 Sept – Syarikat Boeing telah dianugerahkan kontrak membekalkan 5 buah pesawat rondaan maritim (MPA) P-8A Poseidon kepada Jerman.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan Jerman sebagai negara kelapan untuk membeli pesawat tersebut.

Jerman dijangka akan menerima pesawat pertama pada 2024.

“Perolehan P-8A oleh Tentera Laut Jerman akan memperkukuhkan keupayaan pasukan tersebut dalam melaksanakan rondaan maritim jarak jauh,

“Ini sekaligus mempertingkatkan peranan Jerman di Eropah,” kata Boeing dalam satu kenyataan.

Perolehan terbaharu P-8A Poseidon akan menggantikan peranan P-3 Orion dalam Tentera Laut Jerman.

Menurutnya, Boeing akan memberikan bantuan, latihan dan khidmat sokongan selengaraan bagi memenuhi keperluan misi Tentera Laut Jerman.

Jelas kenyataan itu, industri pertahanan Jerman merupakan rakan kongsi yang penting dalam program P-8A Poseidon.

“Boeing telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Jerman, ESG Elektroniksystem-und Logistik-GmbH dan Lufthansa Technik AG untuk berkerjasama dalam melakukan integrasi sistem, latihan dan lain bidang berkaitan,” kata kenyataan itu.

Boeing turut menyatakan beberapa buah syarikat Jerman memainkan peranan dalam membekalkan alat ganti P-8A. Antaranya, Aircraft Philipp Group GmbH, Aljo Aluminium-Bau Jonuscheit GmbH dan Nord-Micro GmbH.

P-8A Poseidon merupakan MPA yang dihasilkan oleh Boeing Defense, Space & Security. Ia memainkan peranan dalam melaksanakan misi peperangan bawah permukaan, peperangan permukaan, perisikan, pemantauan serta operasi mencari dan menyelamat.

Jerman dijangka menamatkan operasi pesawat P-3 Orion.

Sehingga hari ini, lebih 135 pesawat P-8 diterbangkan di seluruh dunia. Ia dioperasikan oleh 7 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply