Home Teknologi Pertahanan F-22A Raptor: Jet pejuang stealth yang sensitif

F-22A Raptor: Jet pejuang stealth yang sensitif

by M.Daim

F-22A Raptor merupakan jet pejuang generasi ke-5 yang dihasilkan oleh syarikat Lockheed Martin. Ia digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (United States Air Force, USAF) semenjak 15 Disember 2005.

Hampir keseluruhan bahagian jet pejuang ini termasuk rangka pesawat dan sistem persenjataan dihasilkan oleh Lockheed Martin. Syarikat Boeing pula bertanggungjawab untuk menghasilkan sayap, bahagian fiuslaj, sistem latihan dan integrasi avionik.

YF-22A menjadi asas kepada pembangunan F-22A Raptor.

Sesuai dengan kelasnya sebagai jet pejuang generasi ke-5, Raptor mengabungkan ciri stealth, aerodinamik dan avionik sebagai faktor pelonjak keupayaannya di udara.

Pesawat ini dihasilkan melalui program Advanced Tactical Fighter (ATF) oleh USAF. Program ini bermatlamat untuk menghasilkan jet pejuang penguasaan udara (air superiority fighter) bagi mengimbangi keupayaan Sukhoi Su-27 dan Mikoyan MiG-29 yang dihasilkan oleh Kesatuan Soviet pada era 1980-an.

Lockheed merupakan antara syarikat yang menyertai program tersebut dengan menghasilkan YF-22. Rekaan ini kemudiannya dipilih, mengatasi YF-23 dihasilkan oleh Northrop.

Hasil daripada pemilihan ini, YF-22 dibangunkan untuk menjadi F-22.

Jet pejuang F-22A Raptor direka sebagai pesawat penguasaan udara bagi mengimbangi ancaman Sukhoi Su-27 dan Mikoyan MiG-29.

Jumlah yang kecil

Sehingga hari ini, sebanyak 187 buah F-22A dihasilkan. Pada mulanya, USAF merancang untuk melakukan perolehan sebanyak 750 Raptor namun dihalang oleh isu kos penghasilan yang tinggi.

Selain daripada itu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates menegaskan F-22 tidak relevan dengan konflik moden selepas Perang Dingin tamat. Ini adalah berdasarkan situasi semasa konflik global yang pada ketika itu lebih cenderung kepada peperangan bukan konvensional seperti di Iraq dan Afghanistan.

Had penghasilan F-22 turut disokong oleh Pengerusi Jabatan Ketua Staff Bersama (Joint Chiefs of Staff). Menurut beliau, fokus perlu diberikan kepada penghasilan F-35 untuk kegunaan ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera Amerika.

Keputusan untuk menghadkan penghasilan F-22A kepada 187 kemudiannya dipersetujui oleh Senat AS pada 2009.

Selain pengharaman eksport, bilangan pengeluaran F-22A turut dihadkan oleh Amerika Syarikat.

Tiada pasaran eksport

Bagi melindungi teknologi dan rahsia aset ini, Amerika Syarikat telah mengubal undang-undang untuk mengharamkan pasaran eskport F-22A serta komponennya. Namun begitu, pesawat ini telah menarik minat Australia, Jepun dan Israel.

Faktor kos serta undang-undang telah menjadi faktor penghalang kepada perolehan Raptor oleh ketiga-tiga negara ini. Akhirnya, kesemua negara tersebut melakukan peroleh F-35 Lightning II yang juga dihasilkan oleh Lockheed Martin.

F-22A pernah dihantar oleh Amerika Syarikat semasa melaksanakan latihan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia dalam Eks Cope Taufan 2014.

Spesifikasi 

F-22A berupaya untuk terbang apda kelajuan Mach 2.25. Semasa melakukan supercruise (penerbangan supersonik secara berterusan), pesawat ini mampu untuk mencapai kelajuan Mach 1.82 (1,963 kilometer sejam).

Jarak tempur (combat range) pesawat ini adalah 850km sekiranya ia melakukan penerbangan supercruise sejauh 185km.

Altitud siling bagii pesawat ini adalah 20,000 m.

Persenjataan

 Persenjataan pesawat ini dipasang di ruang dalaman persenjataan (internal weapon bay) bagi mengekalkan ciri stealth Raptor.

Namun begitu, pesawat ini tetap mempunyai 4 tenggekan (pylon) bagi membawa tangki luaran bahan api tambahan.

Pesawat ini dilengkapi dengan meriam 20mm M61A2 Vulcan. Bagi menghadapi musuh di udara, Raptor akan dilengkapi dengan AIM-120 AMRAAM dan AIM-9 Sidewindeer.

Bagi mengempur sasaran darat, F-22A akan dilengkapi dengan Joint Direct Attack Munition (JDAM) atau GBU-39.

Pratt & Whitney F119-PW-100 merupakan enjin yang digunakan pada F-22A Raptor.

Avionik

 Radar AN/APG-77(V)1 pada pesawat ini berupaya untuk mengesan sasaran bersaiz 1 meter per segi dalam lingkungan jarak 201 ke 241 km.

Pancaran radar secara berfokus mampu untuk mengesan sasaran bersaiz sama pada jarak 400km.

Sistem amaran radar AN/ALR-94 yang dipasang pada pesawat ini mampu untuk pancaran radar oleh musuh pada jarak 460 km.

Pesawat ini dilengkapi dengan sistem amaran misil AN/AAR-56.

Tingkat upaya dan pelbagai program lain telah dirancang bagi memanjangkan jangka hayat pesawat F-22A untuk terus dioperasikan sehingga tahun 2040.

Tingkat upaya 

Seperti aset-aset pertahanan yang lain, F-22 Raptor tidak terlepas dari menjalani tingkat upaya bagi mengatasi kelemahan dan juga memanjangkan jangka hayat operasi pesawat.

Pada asasnya, pesawat ini mempunyai had penerbangan sebanyak 8,000 jam.

Sehingga Januari 2021, kesemua pesawat ini telah menjalani Program Baik Pulih Struktur bagi menambah jangka hayat penerbangan pesawat. Program ini telah menaikkan jangka hayat penerbangan pesawat sedia ada sebanyak 8,000 jam.

Pada tahun 2019, F-22A mula menjalani tingkat upaya 3.2B. Tingkat upaya ini merupakan sebahagian daripada program Increment 3.2, yang mempunyai 2 proses utama.

Tingkat upaya 3.2A memberi fokus kepada keupayaan peperangan elektronik dan komunikasi pesawat. 3.2B pula merangkumi tingkat upaya geoloasi dan sistem pengurusan baharu bagi membolehkan integrasi AIM-9X serta AIM-120D.

Radio Multifunctional Information Distribution System-Joint (MIDS-J) untuk Link 16 mula disahkan untuk diguna mulai 2020.

Tingkat upaya susulan pada pesawat ini memberikan fokus kepada pembentukan seni bina terbuka (open architecture) dan pembangunan perisian secara agil bagi membolehkan penambahbaikan yang lebih pantas di masa hadapan.

F-22A dijangka akan akan menjalani mid-life upgrade (MLU). MLU akan merangkumi pemasangan sensor baharu, penambahbaikan kokpit dan helmet mounted display (HMD).

Selain daripada itu, ia akan disaluti dengan cat stealth yang lebih lasak berdasarkan teknologi F-35.

Peranan F-22A akan digantikan oleh jet pejuang generasi ke-6 yang bakal dihasilkan melalui program Next Generation Air Dominance (NGAD). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply