if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Mahkamah bebaskan Ahmad Maslan tuduhan gagal isytihar dana RM2 juta

Mahkamah bebaskan Ahmad Maslan tuduhan gagal isytihar dana RM2 juta

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan daripada dua pertuduhan.

Menurut peguam Ahmad Maslan, Shahrul Hamidi dan Haziq dalam satu kenyataan menjelaskan anak guamnya telah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan gagal mengisytiharkan dana RM2 juta dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pelepasan dan pembebasan ini adalah sesuatu yang perlu dihormati oleh semua pihak kerana ianya suatu perintah mahkamah,

“Perintah diberikan oleh mahkamah selepas pihak pendakwa memaklumkan kepada mahkamah berkenaan penyelesaian kes melalui pembayaran kompaun telah dipenuhi oleh beliau,

“Pihak pendakwaan menyatakan mereka tidak akan meneruskan pertuduhan terhadap Ahmad Maslan,” kata kenyataan itu.

Tegasnya, penyelesaian kes yang dilaksanakan bukan sesuatu yang baharu dan memakan masa hampir setahun sebelum diterima serta direkodkan di mahkamah.

“Proses penyelesaian ini melalui beberapa siri permohonan, perbincangan dan timbang tara antara pihak-pihak terlibat,

“Ia hanya direkodkan di mahkamah selepas dimuktamadkan oleh semua pihak yang telah bersetuju untuk memberikan komitmen terhadap syarat penyelesaian yang dipersetujui,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Maslan di akaun media sosial rasminya memberi kenyataan ringkas berhubung keputusan tersebut.

“Syukur. Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Maslan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mengisytiharkan dana RM2 juta dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan semasa pertuduhan kes pada 20 Januari tahun lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply