Home SemasaGlobal Iran tahan ejen Israel, rampas senjata api

Iran tahan ejen Israel, rampas senjata api

by M.Daim

TEHRAN, 27 Julai – Iran mendakwa mereka telah menumpas rangkaian perisikan Israel di negara itu.

Menurut Tehran, rangkaian tersebut berjaya dilumpuhkan apabila sekumpulan ejen Israel berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan negara teluk itu.

“Kumpulan pengintip Israel telah melakukan provokasi dalam beberapa siri rusuhan jalanan di Iran,

“Operatif Mossad berniat untuk menggunakan beberapa kelengkapan serta senjata bagi mencetuskan rusuhan dan pembunuhan,” kata pihak keselamatan Iran.

Jelasnya, senjata yang dirampas termasuk pistol, raifal tempur, grenad serta peluru. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply