Home Semasa Tidak pakai pelitup muka di Parlimen, Tajudin didenda

Tidak pakai pelitup muka di Parlimen, Tajudin didenda

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai mengesahkan seorang Ahli Parlimen telah dikompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di Parlimen, hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Eng Lai menambah, siasatan dilakukan selepas gambar Tajuddin tidak memakai pelitup muka di ruang legar Parlimen tular di media sosial.

“Hasil siasatan mendapati Tajuddin telah menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021,

“Pada pukul 2.30 petang pada hari yang sama, beliau didapati tidak memakai pelitup muka ketika bersama seorang individu lain di Parlimen,

“Satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap beliau pada hari ini,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply