Home SemasaGlobal Lebih 150 cedera akibat gempa bumi di Jepun

Lebih 150 cedera akibat gempa bumi di Jepun

by Nor Azlan Mohd Nor

TOKYO, 15 Feb – Lebih daripada 150 orang dilaporkan cedera semalam berikutan berlakunya gempa bumi yang melanda timur laut Jepun.

Gempa bumi yang berukuran 7.3 skala ritcher itu berlaku pada pukul 11 malam pada hari Sabtu waktu tempatan di wilayah Fukushima dan Miyagi.

Selain daripada wilayah Fukushima dan Miyagi, gegaran juga dirasakan di beberapa daerah yang lain termasuk ibu negara Tokyo.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengatakan dalam pertemuannya bersama anggota Kabinet, pihaknya telah menerima laporan kecederaan dan tiada yang maut susulan tragedi itu.

“orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada untuk masa beberapa hari ini dikhuatiri akan menghadapi gempa susulan,” katanya.

Walaubagaimanapun, tiada amaran Tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply