Home Semasa PGA usir 4 PATI Indonesia masuk Sarawak ikut lorong tikus

PGA usir 4 PATI Indonesia masuk Sarawak ikut lorong tikus

by Nurulhuda

KUCHING, 16 Feb – Hasrat 4 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba masuk ke Sarawak punah apabila ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak.

Pihak PGA Briged Sarawak berkata, kejadian berlaku di sekitar Jalan Ladang Kelapa Sawit Kampung Rapak Baru, Sri Aman, semalam.

“Anggota Batalion 11 PGA Kuching bersama Jabatan Sukarela Malaysia (RELA) sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar jalan di sempadan Malaysia- Indonesia telah terserempak dengan 4 orang lelaki dipercayai warga Indonesia dalam keadaan mencurigakan,

“Kesemua PATI telah ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam hantaran di media sosial rasmi PGA Briged Sarawak.

PATI tersebut didapati memasuki negara dengan berjalan kaki melalui lorong tikus.

“Anggota PGA telah membuat pengusiran terhadap PATI yang ditahan itu melalui jalan yang sama ketika memasuki sempadan Malaysia dan Indonesia,” ujarnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply