TAIPEI, 27 Jan – Empat pesawat tentera China memasuki Zon Identifikasi Pertahanan Udara (ADIZ) Taiwan pada Selasa yang lalu, ini menjadikan sebanyak 22 pencerobohan telah berlaku dalam tempoh sebulan oleh tentera negara itu.
Menurut Kementerian Pertahanan Nasional Taiwan, Pesawat anti-kapal selam Y-8 tentera China, sebuah pesawat peperangan elektronik Y-8, dan dua pesawat tempur Chengdu J-10 telah menyeberangi arah barat daya ADIZ Taiwan.
Sebagai tindakan balas, tentera Taiwan telah menghantar pesawat tempur, menyiarkan amaran radio dan mengaktifkan sistem peluru berpandu pertahanan udaranya ke arah pesawat tentera China.
Pada 23 Januari lepas, Armada Tentera Laut AS Theodore Roosevelt telah memasuki Laut China Selatan untuk menunjukkan kepada China ‘Kebebasan untuk berlayar’.
Sehubungan dengan itu, tentera China telah menghantar 13 pesawatnya, termasuk lapan pesawat pengebom Xian H-6K, empat pesawat tempur J-16 dan satu pesawat perang anti-kapal selam Shaanxi Y-8, ke kawasan yang sama.
Pada 24 Januari hingga 26 Januari yang lepas, Beijing telah menghantar sekurang-kurangnya 15 pesawat, termasuk dua pesawat anti-kapal selam Y-8, dua pesawat tempur SU-30, empat pesawat tempur J-10 dan satu pesawat peninjau memasuki ADIZ Taiwan.
Sejak pertengahan September tahun lalu, Beijing secara berkala telah menghantar pesawat peninjaunya ke ADIZ Taiwan. – airtimes.my