Home SemasaGlobal Tentera Marin Taiwan pamer bot tempur buatan tempatan

Tentera Marin Taiwan pamer bot tempur buatan tempatan

by Nor Azlan Mohd Nor

TAIPEI, 27 Jan – Taiwan dalam usahanya untuk menghasilkan kelengkapan peperangan buatan tempatan, Tentera Marin Taiwan pada hari ini telah mempamerkan bot tempur M109 semasa latihan di Kaohsiung.

Bot tempur M109 ini direka khusus untuk kesesuaian operasi di perairan Taiwan dan akan dilengkapi dengan sistem imejan haba yang dibekalkan oleh Kolead Aerospace Co. Ltd. yang berpengkalan di Kaohsiung.

Bot tempur M109 ini dibangunkan oleh Karmin International Co. Ltd. dan hanya akan dibekalkan kepada Tentera Laut Taiwan.

Bot tempur ini mempunyai ukuran panjang 11.2 meter dan 3.2 meter lebar. Ianya dapat membawa 8 hingga 10 anggota yang bersenjata lengkap dan mampu mencapai kelajuan maksimum 46 knot.

Bot tempur M109 juga akan digunakan dalam melakukan rondaan maritim dalam jarak 3 batu nautika dari pesisir pantai Taiwan.

Penggunaan bot tempur ini juga akan diperluaskan untuk operasi khas seperti menangani rampasan kapal dan menyelamatkan tebusan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply