Home SemasaGlobal Polis Australia guna dron untuk operasi mencari dan menyelamat

Polis Australia guna dron untuk operasi mencari dan menyelamat

by Nor Azlan Mohd Nor

Albany, 25 Jan – Pasukan polis Australia akan menggunakan dron bagi membantu tindak balas dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang dilanda bencana mahupun darurat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Geat Southern, Glenn Spencer berkata, anggota polis di bandar Albany merupakan pasukan pertama yang akan menjalani latihan mengendalikan dron selama seminggu.

“Dron ini akan dilengkapi dengan kamera thermal, bagi membantu dalam misi mencari dan menyelamat pada waktu malam, ini juga dapat membantu mengurangkan masa  untuk mencari mangsa.”

Setiap wilayah dijangka akan menerima dua buah dron, jenis dron yang akan digunakan ialah Dji Matrice dan Dji Phantom.

Dijangkakan seramai 60 anggota polis akan dilatih untuk mengendalikan dron bagi mengawal kawasan Great Southern, South West, Wheatbelt, Goldfields-Esperance, Mid West-Gascoyne, Pilbara dan Kimberly. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply