Home SemasaGlobal Indonesia hampiri angka 1 juta kes COVID-19

Indonesia hampiri angka 1 juta kes COVID-19

by Nor Azlan Mohd Nor

JAKARTA, 25 Jan – Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini menghampiri angka satu juta kes, ini berikutan sebanyak 9,994 lagi kes baru yang direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, jumlah kematian meningkat 297 orang dan jumlah keseluruhan kematian menjadi 28,132.

Sementara itu seramai 10,678 pesakit telah pulih dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih menjadi 809,488.

Ketika ini tiada kes baru dilaporkan di Aceh dan Kalimantan Barat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply