Home SemasaGlobal UAE buka semula sempadan kepada Qatar

UAE buka semula sempadan kepada Qatar

by Air Times News Network

ABU DHABI, 11 Jan – Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah membuka semula kesemua pintu masuk darat, laut dan udara dengan Qatar.

Keputusan dibuat selepas Arab Saudi mengambil langkah untuk mengakhiri perbalahan diplomatik antara Qatar semasa sidang kemuncak Al Ula Declaration.

Al Jazeera dalam satu laporan berkata, negara-negara Arab mula membuka semula pintu masuk dan kerjasama perdagangan dengan Doha.

“Usaha pemulihan hubungan ini akan mengambil masa walaupun ianya mendapat sokongan dari Amerika Syarikat,” kata laporan itu yang memetik jurucakap UAE.

Sementara itu, Menteri Luar UAE, Anwar Gargash menegaskan langkah-langkah itu akan merangkumi “langkah praktikal syarikat penerbangan, perkapalan dan perdagangan”.

Konflik diplomatik Qatar dengan negara-negara jirannya telah berlarutan semenjak 5 Jun 2017.

Pada ketika itu, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk telah mengenakan sekatan terhadap Doha kerana didakwa menyokong gerakan pengganas dan juga Iran. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply