Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani membuat pengumuman itu dalam sidang media bersama rakan sejawatnya, Angelino Alfano di Doha selepas rundingan tentang usaha menamatkan pertikaian antara Qatar dan empat negara Arab lain.

“Saya gembira untuk mengumumkan kesepakatan antara Angkatan Tentera Laut Qatar untuk membeli tujuh unit kapal tentera laut dari Itali dalam konteks kerjasama ketenteraan bersama antara kedua-dua negara,” kata Sheikh Mohammed. – REUTERS