Home Pertahanan dan Keselamatan Doha Forum: Mohamad Sabu bincang isu keselamatan dan kerjasama pertahanan

Doha Forum: Mohamad Sabu bincang isu keselamatan dan kerjasama pertahanan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah menghadiri Doha Forum selama lima hari bermula 11 hingga 15 Disember 2019 di Doha, Qatar.

Beliau hadir ke forum tersebut bersama Delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Satu pertemuan antara Mohamad Sabu dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Qatar iaitu Tuan Yang Terutama Dr. Khalid Mohamed Al Attiyyah bagi membincangkan kerjasama pertahanan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Qatar. Dalam pada masa yang sama turut memfokuskan mengenai potensi kerjasama pertahanan dalam bidang sains, teknologi dan industri pertahanan.

Selain itu, di Doha beliau juga bertemu dengan Menteri Pertahanan Jepun, Kono Taro bagi menekankan isu-isu keselamatan serantau terutamanya Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Bencana dan ketenteraan serta kerjasama pertahanan antara ATM dengan Japanese Self-Defense Forces.

Bagi menggalakkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang dengan pihak Qatar terutamanya diplomasi dan budaya, Memorandum Persefahaman antara dua negara mengenai Establishment of High Level Joint Committee telah ditandatangani semasa lawatan ini.

Menteri Pertahanan turut sama dengan Perdana Menteri bertemu Yang Mulia Sheikh Tamim Hamad Al Thani, Amir Qatar serta ketua-ketua industri Qatar bagi membincangkan potensi kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Qatar.

Penglibatan Mohamad Sabu dalam forum ini adalah salah satu inisiatif diplomasi pertahanan untuk menggalakkan hubungan positif melalui platform dua hala dalam menangani isu pertahanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa yang dikongsi oleh Malaysia bersama negara lain.

Related Articles

Leave a Reply