Home SemasaGlobal Baradar sertai rundingan damai dengan AS

Baradar sertai rundingan damai dengan AS

by Noor Sheila Amin

Taliban mengeluarkan kenyataan mengumumkan pelantikan Baradar dan merombak pasukan mereka untuk meletakkan pemimpin kanan pada jawatan penting ketika rundingan dengan pegawai AS mencapai kemuncak.

“Langkah ini diambil untuk menguatkan dan mengendalikan dengan baik proses rundingan berterusan dengan AS,” kata Taliban dalam kenyataan.

Pertemuan wakil khas AS, Zalmay Khalilzad, dengan wakil Taliban, yang pada awalnya dijadualkan selama dua hari lagi, memasuki hari keempat semalam.

Tidak dapat dipastikan sama ada rundingan berterusan hari ini, atau bila Baradar akan menyertai perbincangan.

“Baradar akan mengunjungi Qatar tidak lama lagi. Beliau diberikan jawatan baru kerana AS mahukan kepemimpinan kanan Taliban untuk turut serta dalam rundingan damai,” kata pegawai kanan pergerakan itu.

Baradar, yang menyelaraskan operasi ketenteraan Taliban di selatan Afghanistan, ditahan pada 2010 oleh pasukan daripada agensi Perisikan Antara Perkhidmatan Pakistan dan Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Related Articles

Leave a Reply