Home Pertahanan dan Keselamatan Penubuhan Alumni perkukuh semangat kebersamaan – Panglima ATM

Penubuhan Alumni perkukuh semangat kebersamaan – Panglima ATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Persatuan Alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditubuhkan bagi memperkasakan para alumni dari seluruh negara sebagai satu penghargaan kepada mereka dan mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata kehadiran lebih 2000 orang alumni lulusan  Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dan UPNM pada majlis yang mendapat kerjasama sepunuhnya dari UPNM, cukup menggambarkan solidariti rasa kecintaan kepada institusi yang banyak melahirkan para graduan ini.

“Potensi keseluruhan alumni yang kini mencecah kira-kira 6830 orang bukan sekadar congak hitung, bahkan sinergi itu dihimpun untuk mewacana tujuan suci yang lebih maknawi, didasari dengan jiwa besar yang menjunjung prinsip ‘kenang budi’.

Beliau berkata persatuan alumni juga dilihat sebagai satu medium untuk memupuk rasa pemilikan bersama (self-belonging) yang tinggi dalam diri alumni terhadap UPNM sebagai Alma mater.

“Jesteru dengan adanya majlis sebegini sudah pasti akan dapat membentuk jaringan atau networking antara alumni dan pihak pengurusan universiti dalam merencana pelbagai aktiviti dan program demi memajukan lagi Persatuan Alumni UPNM di masa hadapan, katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Persatuan Alumni UPNM dan Pelancaran Kad Alumni UPNM di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di sini, hari ini.

Beliau turut menyeru para alumni agar segala bentuk kongkongan perlu dihapuskan melalui janji komitmen sesama alumni tanpa dicemari sentimen peribadi dan politik semasa.

Persatuan Alumni ditubuhkan sebagai salah satu platform rasmi untuk para alumni menyumbang idea, kepakaran, kewangan dan tenaga dalam mencapai matlamat mengekalkan kecemerlangan universiti dalam melahirkan kepimpinan Leaders of Character.

Majlis Pelancaran Persatuan Alumni UPNM ini dihadiri oleh lebih 2000 alumni yang telah bergraduat semenjak penubuhan ATMA pada 1995 dan penubuhan UPNM pada November 2006.

Sebahagian besar daripada alumni UPNM adalah mereka yang telah dan masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia dan selebihnya adalah alumni yang masih berkhidmat di dalam pelbagai sektor pekerjaan yang lain.

Turut hadir Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Dato’ Abdul Halim Haji Jalal, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Komandan Akademik Latihan Ketenteraan dan pihak pengurusan tertinggi ATM serta universiti.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply