3.1K
Bercakap bersempena setahun pertikaian diplomatik negara Teluk, yang menyaksikan Qatar terpisah dari bekas sekutunya di rantau itu, Khalid bin Mohamed Al-Attiyah berkata Qatar mahu menjadi ahli penuh gabungan 29 negara itu.
Tambah beliau, wujud perkembangan hubungan antara Qatar dan kumpulan pakatan, dan Doha mampu menjadi tuan rumah kepada unit Nato atau satu daripada pusatnya yang khusus.
Kenyataan itu dibuat ketika rantau berkenaan berdepan suasana politik yang agak sensitif.
Setahun lalu, pada 5 Jun 2017 sekumpulan negara termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar menuduhnya menyokong kumpulan pengganas dan Iran. – AFP