Home SemasaGlobal Rundingan Washington, Taliban di Qatar

Rundingan Washington, Taliban di Qatar

by Noor Sheila Amin

Menurut Jabatan Negara, wakil khas Amerika Syarikat mengenai isu damai Afghanistan, Zalmay Khalilzad sudah mengadakan pertemuan dengan wakil Taliban di Doha, ibu negara Qatar, semalam.

“Kami boleh mengesahkan bahawa wakil khas, Khalilzad dan satu pasukan antara agensi berada di Doha bagi mengadakan perbincangan dengan wakil Taliban, hari ini,” kata jurucakap Jabatan Negara dan menjelaskan rundingan itu akan berlangsung selama dua hari.

Khalilzad dilaporkan sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan wakil Taliban, tetapi ia adalah pengesahan pertama dari Amerika Syarikat.

Mesyuarat berkenaan berlangsung walaupun selepas Taliban mengaku bertanggungjawab ke atas serangan pangkalan perisikan Afghanistan di wilayah Wardak.

Pihak berkuasa tempatan berkata, sekurang-kurangnya 65 maut dalam serangan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply