Home Semasa Askar dituduh cabul anak kandung berusia 5 tahun

Askar dituduh cabul anak kandung berusia 5 tahun

by Nurulhuda

Ipoh, 23 – Seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas pertuduhan mencabul anak perempuannya berusia lima tahun, bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 30 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pencabulan terhadap anak perempuannya yang semasa kejadian berumur 4 tahun 5 bulan, di sebuah rumah di Bandar Baru Putra, di sini pada Disember 2018.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat selain diletakkan di bawah pengawasan polis bagi satu tempoh tidak kurang setahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman memohon tiada jaminan diberikan kepada tertuduh atas faktor keselamatan serta dikhuatiri mengganggu mangsa.

Suspek yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan diberikan dengan alasan masih berkhidmat sebagai tentera dengan pangkat koperal di Kem Jalan Tambun.

Selain itu, mahkamah turut menasihatkan tertuduh supaya mendapatkan khidmat peguam kerana tuduhan ke atasnya merupakan suatu yang serius dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Kes ditetapkan pada 25 Februari ini untuk sebutan semula

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply