Home Pertahanan dan Keselamatan Lawatan Menteri Pertahanan perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia – Brunei

Lawatan Menteri Pertahanan perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia – Brunei

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu melakukan lawatan kerja ke Brunei Darussalam bermula hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini, berkata lawatan itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan pengenalan beliau ke negara-negara jiran sejak menyandang jawatan itu pada Mei tahun lepas.

Mohamad dijangka menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Kedua Brunei, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Halbi Md Yussof.

“Antara perkara yang akan dibangkitkan ialah usaha ke arah memperkukuhkan jaringan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di peringkat dua hala dan pelbagai hala, selain bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara.

“Selain itu, Menteri Pertahanan juga dijadualkan untuk mengadakan lawatan ke Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB),” menurut kenyataan itu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Pertahanan, Ahmad Nadzri Mohd Hassan dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Dato’ Sheikh Mohsein Sheikh Hasan.

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply