Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Filipina: Hanya dana penghalang untuk peroleh peluru berpandu kruis supersonik – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Filipina: Hanya dana penghalang untuk peroleh peluru berpandu kruis supersonik

Filipina: Hanya dana penghalang untuk peroleh peluru berpandu kruis supersonik

by M.Daim

MANILA, 27 Nov – Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana mendedahkan rancangan negara kepulauan itu untuk membeli peluru berpandu kruis Brahmos.

Namun, program tersebut telah menghadapi kekangan kewangan.

“Program Brahmos telah diluluskan namun Filipina hadapi kekangan kewangan,” kata Lorenzana yang dipetik oleh Philippine News Agency (PNA).

Menurut beliau, Filipina merancang untuk memperolehi sekurang-kurangnya 2 bateri Brahmos.

Setiap bateri adalah terdiri daripada 3 unit pelancar bergerak. Setiap pelancar mempunyai 2 atau 3 tiub peluru berpandu.

India pada ketika ini melaksnakan ujian Brahmos yang telah ditingkat upaya.

Lorenzana turut menegaskan perolehan akan dibuat secara rundingan terus antara kerajaan.

Menurut PNA, perolehan ini adalah selari dengan keperluan Tentera Darat Filipina untuk memiliki keupayaan pertahanan pesisir. Selain itu, ianya akan digunakan oleh Tentera Udara Filipina.

“Perolehan ini akan menjadi senjata pertama Filipina yang mempunyai keupayaan cegah rintang dari ancaman luar,” tegas Lorenzana.

Brahmos merupakan peluru berpandu kruis jarak sederhana yang mampu untuk mencapai kelajuan supersonik. Ianya boleh dilancarkan dari darat, laut, dan udara.

Peluru berpandu yang dibangunkan bersama oleh India dan Rusia ini mampu mengempur sasaran sejauh 600 – 650 kilometer.

Pada ketika ini, India merupakan satu-satunya negara yang menggunakan peluru berpandu Brahmos pada ketiga-tiga cabang angkatan tenteranya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?