Home Politik Pembangkang sendiri ‘bunuh’ usaha mereka halang Belanjawan 2021 – Annuar Musa

Pembangkang sendiri ‘bunuh’ usaha mereka halang Belanjawan 2021 – Annuar Musa

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan kegagalan pembangkang menghalang Belanjawan 2021 adalah kerana kesilapan mereka sendiri.

Beliau dalam hantaran media sosialnya berkata, pembangkang perlu menyalahkan diri mereka sendiri kerana gagal berbuat demikian.

“Percubaan pembangkang meminta undi belahbagi ditewaskan oleh pembangkang sendiri apabila mereka yang berdiri memohon undi sedemikian tidak mencukupi,” katanya.

Undian belahbagi hanya berlaku apabila 15 orang Ahli Parlimen berdiri untuk memohon ianya berlaku.

Usaha untuk mendapat undian tersebut ternyata gagal apabila hanya 13 orang Ahli Parlimen pembangkang yang berdiri.

Belanjawan 2021 kemudiannya telah diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas 1 jam penggulungan oleh Menteri Kewangan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply