Home Politik“Tiada rombakan kabinet dalam masa terdekat, menteri bercuti tidak boleh diganti” – Anwar

“Tiada rombakan kabinet dalam masa terdekat, menteri bercuti tidak boleh diganti” – Anwar

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

PUTRAJAYA, 29 MEI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masih belum memikirkan rombakan kabinet yang akan dilakukan dalam masa terdekat, susulan pengunduran Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam.

“Belum..belum (fikir rombakan). Mereka masih bercuti. Kita tak boleh ganti apabila orang (Menteri) sedang bercuti,” katanya, selepas perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini, pada Khamis.

Pada Rabu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun ini diikuti Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa yang mengambil langkah sama berkuat kuasa 4 Julai.

Bagaimanapun, kedua-duanya menghabiskan baki cuti tahunan bermula pada 28 Mei sehingga Jun dan Julai depan.

Susulan, terdahulu dilaporkan Rafizi gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025-2028 minggu lepas, selepas tewas kepada anak sulung Anwar, Nurul Izzah. Manakala, Nik Nazmi gagal mengekalkan jawatan sebagai Naib Presiden.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan, mengesahkan Anwar telah menerima surat permohonan cuti serta pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad serta meluluskannya.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. -airtimes.my

#Airtimes #AnwarIbrahim #Rafizi #NikNazmi #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply