if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Politik Fitnah, perkauman dan hasutan: Razman digantung, AMANAH seru tamatkan politik kebencian

Fitnah, perkauman dan hasutan: Razman digantung, AMANAH seru tamatkan politik kebencian

by Zulfadhli Azmie

IPOH, 16 April – Parti AMANAH Negara (AMANAH) Perak menyifatkan penggantungan Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria selama enam bulan sebagai tamparan tepat kepada budaya politik sempit berasaskan fitnah, perkauman dan hasutan yang cuba disemai oleh pihak tertentu.

Timbalan Pengerusinya, Dr Ahmad Termizi Ramli berkata, keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu menunjukkan rakyat dan institusi demokrasi negeri tidak lagi bertolak ansur dengan politik yang bersifat merosakkan, bukannya membina.

“Keputusan ini bukan sekadar penguatkuasaan peraturan dewan, tetapi satu manifestasi bahawa rakyat Perak menolak budaya politik kebencian,

“Ia mengangkat martabat rakyat yang mahukan politik berakhlak dan berasaskan fakta, bukan fitnah dan emosi,” tegasnya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebagai individu yang kerap menampilkan diri sebagai tokoh agama, Razman sepatutnya menjadi contoh kepada nilai murni Islam, bukan sebaliknya.

“Walaupun sering membawa imej sebagai tokoh agama, tindakan YB Razman terbukti mencemarkan nama baik agama Islam itu sendiri,

“Agama tidak pernah mengajar kebencian, perpecahan atau penipuan – sebaliknya mengangkat nilai amanah, adab dan kebenaran,” ujarnya lagi.

Dr Ahmad Termizi menyifatkan penggantungan itu sebagai peringatan kepada mana-mana ahli politik yang gemar memperalatkan agama untuk meraih sokongan, tetapi pada masa sama menyebarkan kebencian dan prasangka.

Insiden itu berlaku menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning, menjadikan persoalan integriti, akhlak dan kejujuran pemimpin sebagai medan penilaian utama rakyat.

“Cukuplah dengan politik yang berasaskan emosi, dendam dan pembohongan. Rakyat tidak lagi bodoh untuk dipermainkan dengan retorik agama dan bangsa.

Kita perlukan pemimpin yang benar-benar membina masyarakat, bukan menghancurkannya demi undi,” ujarnya tegas.

Beliau turut menyeru agar pengundi Ayer Kuning bangkit menolak politik perkauman dan agama sempit yang memecahbelahkan rakyat demi kepentingan politik peribadi.-airtimes.my

#AirTimes #AMANAH #RazmanZakaria #DUNPerak #PRKAyerKuning

Related Articles

Leave a Reply