Home Politik #Politik: DAP kekal dengan Malaysian Malaysia – Anthony Loke

#Politik: DAP kekal dengan Malaysian Malaysia – Anthony Loke

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 SEPT – DAP menegaskan tiada keperluan untuk partinya menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang digunakan berikutan persefahaman telah dicapai dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) sebelum membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, semua parti telah membuat perjanjian sebelum kerajaan dibentuk dan bersetuju untuk tidak menyentuh prinsip dan Perlembagaan parti masing-masing.

Beliau berkata, pada masa sama, DAP juga tidak pernah meminta parti lain meminda Perlembagaan negara kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing.

“DAP juga tidak pernah meminta parti lain meminda Perlembagaan negara kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing,

“Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sendiri juga sudah berpuas hati dengan penjelasan kita sebelum BN bergabung dengan PH dan membentuk kerajaan perpaduan,” katanya seperti dilapor media.

Menurutnya, isu tersebut tidak wajar diungkit atau mencipta polemik yang mampu menjejaskan keyakinan rakyat.

“Bagi saya masing-masing ada pandangan dengan setiap parti ada prinsip perjuangan, ini tidak menjadi masalah apabila kita bekerjasama dalam satu gabungan politik terutamanya apabila membentuk kerajaan perpaduan,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Loke berkata, daripada mencipta situasi seperti ini, adalah lebih baik parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan menumpukan perhatian mendapat sokongan terutama pengundi Melayu.

“Tetapi saya nak nyatakan di kawasan saya (Parlimen Seremban) dengan pengundi adalah majoriti Melayu, tetapi saya menang, jadi tak timbul DAP tak boleh mendapat sokongan Melayu,

“Rakyat akan menilai bukan dari segi ideologi parti masing-masing tetapi gerak kerja kita, trek rekod berkhidmat di kawasan itu,” tambahnya lagi.

Rabu lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa supaya DAP menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysia Malaysian’ dalam Perlembagaan partinya jika mahu diterima orang Melayu di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menjelaskan tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu kepada DAP hari ini selain daripada meminda Perlembagaan parti itu sekali gus menggugurkan dua elemen berkenaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply