Home Teknologi Pertahanan #Pertahanan: Pelancar RPG-7 40 mm

#Pertahanan: Pelancar RPG-7 40 mm

by Muaz Rizqi

Pada era globalisasi ini, senjata seperti pelancar bom atau pelancar roket sering digunakan untuk menghancurkan atau memberikan impak kerosakkan yang tinggi terhadap kenderaan yang berperisai atau kubu musuh. Oleh itu kesesuian dalam penggunaan senjata bagi membalas serangan adalah amat penting bagi melumpuhkan pasukan musuh.

Seterusnya, Ruchnoy Protivotankovyy Granatomot (Anti-kereta kebal) yang dikenali sebagai Pelancar RPG-7 40 mm telah direka pada tahun 1958 dengan kos yang rendah, pengendalian yang mudah dan tahap keberkesanannya telah menjadikan senjata anti-perisai itu banyak digunakan di serata dunia hingga ke hari ini.

Seorang askar Vietnam Utara bersenjatakan RPG-7 semasa Perang Vietnam pada tahun1965.

Selain itu, dalam istilah lain juga senjata RPG-7 itu juga turut dikenali sebagai Rocket-Propelled Grenade telah digunakan oleh negara Afghanistan, Algeria, Combodia, Vietnam, Kazakhstan, Vietnam, Iraq, Iran, Rusia dan banyak lagi negara yang lain termasuk juga Malaysia.

Dalam pada itu, RPG-7 itu juga turut digunakan semasa peristiwa menembak jatuh 2 buah pesawat Black Hawk Amerika Syarikat yang terbang rendah di Mogadishu, Somalia pada pada tahun 1993 ketika terlibat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di samping itu, senjata itu mempunyai berat 5.86 kg manakala berat kalibernya pula ialah 2.2 kg yang mempunyai saiz 40 mm, serta mempunyai panjang 1035 mm (termasuk kaliber) dan senjata itu mampu dikendalikan oleh seorang kerana mempunyai berat yang agak ringan.

Tentera Afghanistan menembak pelancar bom tangan RPG-7 yang semasa menjalani latihan tembakan langsung.

Kemudiannya, senjata itu juga mempunyai tahap jangkauan maksimum sejauh 500 m, manakala tahap keberkesanannya pula sejauh 330 m.

Akhir sekali, senjata RPG-7 40 mm (anti-kereta kebal) turut ditempatkan dalam inventori Tentera Darat Malaysia khususnya di pasukan infantri. -airtimes

Related Articles

Leave a Reply