Home SemasaGlobal 8 UAV ScanEagle pertingkat keupayaan Tentera Laut Filipina

8 UAV ScanEagle pertingkat keupayaan Tentera Laut Filipina

by M.Daim

MANILA, 27 Nov – Tentera Laut Filipina telah menerima sebanyak 8 buah pesawat tanpa awak  (UAV) ScanEagle dari Amerika Syarikat.

Kesemua UAV dan peralatan yang dibekalkan kepada negara kepulauan itu adalah bernilai US$14.79 juta.

Menurut media FIlipina, perolehan diterima melalui Maritime Security Initiative yang dianjurkan oleh AS.

Perolehan bermula dengan permintaan oleh Manila kepada Washington pada tahun 2017 dan 2019.

“UAV ini akan mempertingkatkan keupayaan Filipina dalam melakukan pemantauan dan pelaksanaan misi mencari dan menyelamat,

“Dari sudut pertahanan, ScanEagle akan memperluaskan liputan kawalan di kawasan laut,” kata Panglima Tentera Laut Filipina, Vice Admiral Giovanni Carlo Bacordo yang dipetik oleh Philippine News Agency (PNA).

UAV ScanEagle akan dioperasikan oleh Cabang Udara Armada Tentera Laut Filipina, aritime Unmanned Aerial Reconnaissance Squadron (MUARS-71).

Penyerahanan aset ini telah dilaksanakan di Pangkalan Tentea Laut Heracleo Alano, Cavite, Manila pada 25 November lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply