Home SemasaGlobal Gencatan senjata dipinta di Hodeidah, orang awam terus terperangkap

Gencatan senjata dipinta di Hodeidah, orang awam terus terperangkap

by M.Daim

SANAA, 27 Jun – Wakil khas PBB di Yaman meneruskan misi untuk memulihkan semula kedamaian di Yaman khususnya di Bandar pelabuhan Hodeidah. Martin Griffiths yang mewakili PBB dijadualkan akan berjumpa dengan Presiden Yaman hari ini di Aden.

Pada minggu lalu, Martin telah pun berjumpa dengan ketua kumpulan pemberontak Houthi.

Pertempuran antara tentera bersekutu Arab yang diketuai oleh Arab Saudi dan militia Houthi yang dibantu oleh Iran masih lagi berlaku di kawasan pantai barat Yaman. Pertempuran tersebut adalah bagi merebut kawasan strategik yang mengawal Laut Merah.

Pelabuhan Hodeidah dilihat adalah penting bagi puak militia Houthi bagi mengawal kawasan laluan perdagangan di Laut Merah.

Ketika pertempuran sedang tercetus, puak Houthi bertindak memutuskan talian internet dan bekalan air di Hodeidah. Selain daripada itu, puak militia telah menghalang pelarian lari keluar dari zon konflik.

Agensi berita Asharq Al-Awsat berpengkalan di London memetik kenyataan saksi yang menyatakan puak Houthi telah membina sekatan jalan bagi menghalang pelarian untuk memasuki kawasan yang dikawal oleh kerajaan.

Pada masa yang sama, puak Houthi didakwa sedang merancang untuk membina kem pelarian di kawasan mereka sendiri.

Related Articles

Leave a Reply