Home SemasaGlobal Krisis Ekonomi Jordan: Arab Saudi panggil negara jiran untuk bersidang

Krisis Ekonomi Jordan: Arab Saudi panggil negara jiran untuk bersidang

by M.Daim

RIYADH, 10 Jun – Arab Saudi telah memanggil pemimpin negara dari Kuwait, Jordan dan Abu Dhabi untuk bersidang di Mekah. Persidangan yang dijangka akan berlangsung pada hari ini akan membincangkan isu krisis ekonomi yang dihadapi Jordan.

Jordan pada ketika ini menghadapi isu dalaman termasuk protes besar-besaran lantaran kenaikan kadar cukai pendapatan di negara itu.

Persidangan ini akan dihadiri oleh Raja Arab Saudi; Raja Salman, Raja Jordan; Raja Abdullah II, Emir Sheikh Sabah Al Ahmad Al Sabah dari Kuwait dan Putera Raja Abu Dhabi; Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Keempat-empat pemimpin telah bersetuju untuk bertemu bagi membincangkan segala bentuk bantuan untuk membantu Jordan.

Tunjuk perasaan tercetus di ibu negara Jordan, Amman dan di beberapa wilayah lain di negara itu bagi meminta pihak kerajaan untuk bertindak dalam isu kenaikan harga barang dan juga sistem pencukaian yang disyorkan oleh International Monetary Fund (IMF) kepada Jordan.

Jordan telah meminjam sebanyak USD$ 723 juta dari IMF pada tahun 2016 bagi melaksanakan perancangan untuk mengurangkan kadar hutang negara dalam tempoh 3 tahun.

Selain daripada isu kenaikan harga barang, kadar bil elektrik di negara itu telah meningkat sebanyak 5 kali pada tahun ini.

Awal minggu lalu, demonstrasi jalanan tercetus bagi memaksa Perdana Menteri Jordan, Hani al-Mulki untuk meletak jawatan. Hani al-Mulki telah meletak jawatan pada 4 Jun lalu dan peranan beliau telah digantikan oleh Menteri Pendidikan, Omar al-Razzaz.

Selain daripada kebergantungan kepada bantuan kewangan dari negara luar, Jordan turut menanggung kos pelarian Syria yang berlindung di negara itu. Dilaporkan kira-kira 650,000 pelarian Syria sedang berlindung di Jordan lantaran krisis di negara mereka.

Hutang negara Jordan dilaporkan sebanyak USD$ 1.753 bilion, iaitu kira-kira 95 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar.

 

Related Articles

Leave a Reply