Home SemasaTrump dakwa dirinya individu paling layak terima Hadiah Nobel Keamanan

Trump dakwa dirinya individu paling layak terima Hadiah Nobel Keamanan

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

WASHINGTON, 30 MAC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya sebagai individu paling layak menerima Hadiah Nobel berbanding mana-mana tokoh lain dalam sejarah.

Dalam satu kenyataan, Trump menegaskan bahawa beliau telah memainkan peranan dalam menyelesaikan lapan konflik peperangan sepanjang tempoh kepimpinannya.

“Sama ada orang suka Trump atau tidak suka Trump, saya telah menyelesaikan 8 peperangan yang besar.

“Saya tidak dapat memikirkan sesiapa dalam sejarah yang lebih layak menerima Hadiah Nobel berbanding saya.” katanya dalam satu temubual pada Ahad.

Trump turut membandingkan dirinya dengan bekas Presiden, Barack Obama, yang pernah menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2009.

Menurutnya, Obama tidak mengetahui sebab sebenar beliau dianugerahkan pengiktirafan tersebut, selain mendakwa bekas pemimpin itu tidak melakukan sebarang pencapaian signifikan.

“Saya tidak mahu bermegah, tetapi tiada orang lain yang menyelesaikan peperangan. Obama mendapat Hadiah Nobel. Dia tidak tahu kenapa. Dia masih tidak tahu”.

“Dia tidak melakukan apa-apa dan dia adalah presiden yang buruk,” ujarnya.

Hadiah Nobel Keamanan diberikan oleh Norwegian Nobel Committee kepada individu atau organisasi yang menyumbang secara signifikan kepada keamanan dunia, termasuk usaha diplomasi, penyelesaian konflik dan promosi hak asasi manusia. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply