Home GlobalIsrael teruskan operasi darat di Lubnan

Israel teruskan operasi darat di Lubnan

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

BAITULMAQDIS, 17 MAC – Tentera Israel (IDF) meluluskan pelan operasidarat ’terhad’ di selatan Lubnan. Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak IDF dalam saluran hebahan rasmi mereka.

Pelan tersebut diluluskan oleh pihak pemerintah tinggi IDF selepas melaksanakan penilaian operasi yang dilancarkan semenjak 9 Mac lalu.

“Kami berazam untuk meneruskan operasi sehingga semua objektif kami dicapai,” jelas Ketua Staf Am IDF, Leftenan Jeneral Eyal Zamir dalam satu dalam satu kenyataan rasmi.

Pihak IDF mendakwa pihak mereka telah berjaya membunuh 400 anggota Hezbollah termasuk pegawai kanan pasukan itu di Selatan Lubnan.

Operasi IDF ini mula dilancarkan pada 9 Mac lalu oleh Divisyen ke-91 di selatan Lubnan. Sebelum pergerakan pasukan darat masuk ke wilayah tersebut, tentera Israel terlebih dahulu melancarkan serangan udara dan artileri berskala besar terhadap sasaran strategik di Selatan Lubnan.

Sehingga kini, kehadiran tentera Israel dilaporkan telah dikesan di beberapa lokasi di Selatan Lubnan. Ini termasuklah Khiam, Et Taibeh, Maroun Al Ras, Aitaroun, dan Ayta Ash Shab.

Pada 3 Mac lalu, pihak Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan mengesahkan pencerobohan darat tentera Israel dibeberapa lokasi termasuk Markaba, Al Adeisse, Kfar Kela dan Ramyah.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 4 pengaman UNIFIL cedera akibat terkena serangan oleh pihak bertelagah.

Pada 6 Mac, 3 anggota pengaman UNIFIL dari Ghana cedera apabila ibu pejabat kontinjen dari Afrika itu terkena bedilan misil tentera Israel.

Sementara itu, seorang lagi anggota pengaman UNIFIL tercedera akibat terkena tembakan mesingan berat di Meiss ej Jebel. Kejadian pada 15 Mac itu telah disahkan oleh jurucakap UNIFIL, Kandice Ardiel. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply