Home GlobalIran dakwa berjaya tembak jatuh sebuah lagi pesawat pejuang AS

Iran dakwa berjaya tembak jatuh sebuah lagi pesawat pejuang AS

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

TEHRAN, 05 MAC – Unit pertahanan udara Iran dilaporkan berjaya menembak jatuh sebuah lagi pesawat pejuang jenis F-15 milik Amerika Syarikat (AS), menurut sumber yang dipetik agensi berita Iran.

Sumber tersebut memaklumkan pesawat tempur AS berkenaan terkena tembakan yang dilepaskan oleh unit pertahanan udara Iran ketika operasi pengawasan udara sedang berlangsung.

Insiden terbaharu itu dilaporkan berlaku pada pagi Isnin lalu apabila pesawat F-15 berkenaan disasarkan ketika terbang di ruang udara berhampiran sempadan Iran dan Kuwait.

Peristiwa nahas udara itu turut disahkan oleh Kementerian Pertahanan Kuwait.

Terdahulu pada hari sama, Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara buatan tempatan mereka berjaya menembak jatuh tiga pesawat pejuang AS.

Sebelum ini, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan pesawat enjin berkembar tersebut terbakar dan berpusing di udara sebelum terhempas.

Menurut laporan, jet tempur tersebut telah jatuh di kawasan kurang berpenduduk berhampiran sempada Iraq. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply