Home GlobalUAE tutup kedutaan di Tehran susulan serangan Iran

UAE tutup kedutaan di Tehran susulan serangan Iran

by M.Daim
A+A-
Reset

ABU DHABI, 02 MAC – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara rasmi mengumumkan penutupan fungsi kedutaannya di ibu negara Iran, Tehran. Keputusan drastik yang berkuat kuasa serta-merta ini turut melibatkan tindakan memanggil pulang duta besar serta seluruh ahli misi diplomatik negara berkenaan berikutan insiden serangan peluru berpandu balistik oleh pihak tentera Iran.

Kementerian Luar UAE menerusi satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa tindakan memanggil pulang barisan perwakilan diplomatik ini diambil susulan serangan peluru berpandu Iran yang didakwa menyasarkan wilayah kedaulatan negara Teluk berkenaan secara langsung.

Pihak kementerian menyifatkan siri serangan tersebut sebagai satu bentuk pencerobohan pencerobohan ketenteraan yang telah mengancam nyawa penduduk awam di beberapa lokasi strategik dan aset infrastruktur utama negara.

“Tindakan ini diambil berlatarbelakangkan serangan peluru berpandu Iran yang terang-terangan menyasarkan wilayah negara ini. Ia merupakan satu pencerobohan yang melibatkan kawasan awam termasuk kawasan perumahan, lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan perkhidmatan awam,” jelas Kementerian Luar UAE menerusi kenyataan rasmi tersebut.

Kenyataan itu turut menambah bahawa bedilan peluru berpandu berkenaan telah meletakkan nyawa orang awam yang tidak bersenjata dalam risiko keselamatan yang amat besar di dalam wilayah kedaulatan mereka sendiri.

Bagi pihak pentadbiran UAE, insiden pencerobohan ruang udara dan serangan peluru berpandu itu disifatkan sebagai satu peningkatan ketegangan serantau yang sangat berbahaya serta disifatkan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Serangan seumpama ini merupakan satu pencabulan yang nyata terhadap kedaulatan nasional kami, di samping melanggar undang undang antarabangsa serta ketetapan Piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dengan jelas,

“Pendekatan bermusuhan dan provokatif yang berterusan ini telah melemahkan sebarang peluang ke arah usaha meredakan keadaan. Ia sebaliknya bertindak mengheret keseluruhan rantau ini ke arah laluan konflik yang amat berbahaya,” kata kenyataan rasmi itu mengenai impak operasi ketenteraan tersebut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply