Home GlobalDron dari Yaman gegar bandar peranginan Israel, 22 cedera

Dron dari Yaman gegar bandar peranginan Israel, 22 cedera

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

TEL AVIV, 25 SEPT – Tentera Israel mengesahkan sebuah dron dilancarkan dari Yaman telah mengenai di kawasan bandar peranginan Israel, Eilat.

Kejadian pada Rabu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang cedera.

Dalam kenyataan awal, tentera Israel memaklumkan siren amaran telah dibunyika di Eilat sebelum dron berkenaan jatuh di kawasan bandar. Tentera Israel menegaskan usaha pemintasan telah dilakukan namun gagal menghentikan serangan itu.

“Pasukan IDF bersama Polis Israel segera dikerahkan ke lokasi selepas menerima laporan mengenai serangan UAV. Pasukan penyelamat kini mengosongkan kawasan terjejas dan memberi rawatan awal kepada mangsa,” menurut kenyataan IDF.

Perkhidmatan perubatan Magen David Adom mengesahkan 22 mangsa dirawat, termasuk dua lelaki berusia 26 dan 60 tahun yang parah akibat serpihan, seorang cedera sederhana, manakala selebihnya mengalami kecederaan ringan. Sebuah helikopter tentera turut digerakkan bagi membantu pemindahan kecemasan.

Insiden ini merupakan kejadian kedua dalam beberapa hari melibatkan serangan dron dari arah Yaman. Kumpulan Houthi sebelum ini pernah mendakwa bertanggungjawab atas serangan seumpama itu sejak tercetusnya perang Gaza pada 2023. – airtimes.my

#AirTimes #Houthi #Eilat #Dron #IDF #KonflikTimurTengah #Israel #Yaman

Related Articles

Leave a Reply