Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Konflik berulang: Singapura desak rundingan ke arah genjatan senjata jangka panjang – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Konflik berulang: Singapura desak rundingan ke arah genjatan senjata jangka panjang

Konflik berulang: Singapura desak rundingan ke arah genjatan senjata jangka panjang

by Zulfadhli Azmie

SINGAPURA, 19 Mac – Singapura menyuarakan kebimbangan mengenai konflik berulang di Gaza yang menyebabkan kehilangan nyawa orang awam, sambil mendesak semua pihak kembali berunding untuk mencapai gencatan senjata jangka panjang.

“Semua orang awam mesti dilindungi selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,

“Semua tawanan juga perlu dibebaskan serta-merta,” kata jurucakap Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak sepatutnya dihalang.

Sementara itu, Perdana Menteri, Lawrence Wong dalam hantaran di Instagram pada Selasa menyatakan komitmen Singapura untuk menyokong keperluan mendesak Gaza.

“Selain bantuan kemanusiaan, kami juga menyediakan program pembinaan kapasiti bagi menyokong rakyat Palestin mentadbir negara mereka sendiri,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa Inisiatif Biasiswa Palestin.

Wong turut berharap inisiatif tersebut dapat membuka peluang kepada pelajar Palestin melanjutkan pelajaran ke universiti di Singapura.

Terkini, serangan udara rejim Israel di Gaza telah meragut nyawa 404 orang dan mencederakan 562 yang lain, menurut laporan Kementerian Kesihatan yang dikendalikan oleh Hamas.-airtimes.my

#global #airtimes #Malaysia #Gaza #Palestin

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?