Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengawasan berterusan dan pemodenan aset: Strategi TLDM hadapi cabaran – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Pengawasan berterusan dan pemodenan aset: Strategi TLDM hadapi cabaran

Pengawasan berterusan dan pemodenan aset: Strategi TLDM hadapi cabaran

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pengawasan berterusan, kehadiran aset tentera, kerjasama antarabangsa dan pemodenan sistem pertahanan merupakan antara strategi utama pertahanan maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara kekal terjamin.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memaklumkan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memainkan peranan utama dalam mengawasi perairan di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang berdepan cabaran geopolitik dan ancaman keselamatan maritim.

“Fokus pertahanan maritim di perairan Selat Melaka merangkumi keselamatan perdagangan dan laluan perkapalan, menangani jenayah maritim serta kerjasama serantau melalui latihan ketenteraan bersama,” katanya.

Manakala, Laut China Selatan pula lebih kompleks kerana wujudnya pertindihan tuntutan maritim melibatkan negara seperti China, Vietnam, Filipina dan Brunei.

“Justeru, keutamaan TLDM di kawasan ini adalah menjaga kedaulatan Zon Maritim Malaysia (ZMM), menangani provokasi kuasa asing serta memantapkan pengawasan strategik,” ujarnya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara,hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Mustafa Musa yang ingin mengetahui fokus pertahanan maritim di Perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan dan sejauh manakah TLDM menangani ancaman dan provokasi penguatkuasaan di kawasan pertindihan sempadan negara.

Mengulas lanjut, untuk menangani cabaran keselamatan di kawasan pertindihan sempadan, Adly menjelaskan, TLDM telah meningkatkan rondaan, menggunakan pendekatan diplomasi ketenteraan dan ‘Soft Power’ serta memperkukuh kerjasama dengan agensi tempatan serta serantau.

Tambah beliau, dalam jangka masa panjang, kerajaan perlu terus melabur dalam aset ketenteraan bagi memperkasakan keupayaan pertahanan maritim untuk menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.-airtimes.my

#airtemes #TLDM #aset #Malaysia #pertahanan #DewanNegara

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?