Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
URA tidak rompak hak, sebaliknya angkat martabat Melayu – Anwar – Air Times News Network
Home Semasa URA tidak rompak hak, sebaliknya angkat martabat Melayu – Anwar

URA tidak rompak hak, sebaliknya angkat martabat Melayu – Anwar

by Suraya Aziz

PUTRAJAYA, 19 MAC – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang bakal diperkenalkan tidak akan menyebabkan pemilik asal, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera, kehilangan hak terhadap kediaman mereka.

Tegasnya, projek pembaharuan kediaman akan dijalankan menerusi perundingan bagi mendapatkan persetujuan pemilik sebelum ia dilaksanakan.

Perkara berkenaan telah disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

“YAB Perdana Menteri ingin menegaskan bahawa antara prinsip utama PSB ialah projek pembaharuan kediaman mesti dijalankan menerusi perundingan dengan pemilik untuk mendapatkan persetujuan menyertai projek.

“Selepas persetujuan, pemilik akan menerima semula hartanah berkenaan yang telah diperbaharui, pampasan, manfaat sara hidup serta beberapa manfaat lain semasa peringkat permbinaan dan selepas pembinaan diselesaikan,” kata Nashrul.

Antara manfaat yang bakal terima termasuk bayaran sewaan kediaman transit, pampasan sara hidup, bayaran ex-gratia renovasi hartanah sedia ada serta bayaran-bayaran lain sepanjang tempoh pembinaan.

“YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa pelaksanaan RUU PSB ini akan memastikan rumah yang telah diperbaharui diberikan kepada pemilik asal supaya mereka dapat kembali menghuni di atas tapak asal yang telah dibangunkan,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menepis dakwaan pemilik asal akan kehilangan rumah kerana harga baharu yang lebih tinggi.

Ujarnya, nilai pampasan hartanah yang akan diperoleh adalah berdasarkan nilai pasaran masa hadapan dan bukannya nilai semasa, sekali gus membolehkan mereka memiliki semula rumah yang telah diperbaharui.

Justeru tegasnya, persepsi yang mengatakan undang-undang PSB ini akan menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera hilang tempat di bandar adalah tidak benar.

Sebaliknya, ia bertujuan melindungi hak pemilik dengan pampasan lebih adil dan memastikan mereka tidak terus hidup dalam kesempitan.

“Ini bermakna tidak benar persepsi mengatakan undang-undang PSB ini menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera hilang tempat di bandar, atau undang-undang ini memberi keutamaan kepada pemaju,

“PSB ini digubal untuk melindungi hak dan mengangkat martabat rakyat terutama orang Melayu di bandar. Untuk memastikan miskin bandar terutama orang Melayu hidup dengan lebih bermaruah ketimbang (berbanding) dibiarkan hidup berhimpit selama puluhan tahun tanpa penyelesaian,” luah Nashrul. -airtimes.my

#URA #Hakmelayu #Pemaju #Malaysia #Airtimes #AnwarIbrahim

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?