TEHRAN, 10 MAC – Media Iran melaporkan pada Ahad, tentera laut Iran, Russia dan China akan mengadakan latihan ketenteraan di perairan berhampiran pantai Iran minggu ini bagi memperkukuhkan kerjasama.
Menurut agensi berita Tasnim, tanpa menyatakan tempoh latihan itu, latihan tersebut akan bermula pada Selasa di pelabuhan Chabahar yang terletak di tenggara Iran berdekatan Teluk Oman.
“Latihan itu akan diadakan ‘di utara Lautan Hindi’ dan bertujuan untuk ‘mengukuhkan keselamatan serantau serta memperluas kerjasama pelbagai hala antara negara yang menyertainya’, menurut laporan sama,” lapor Tasnim.
Menurut kenyataan laporan, kapal perang serta kapal tempur dan sokongan tentera laut China serta Russia, termasuk kapal perang tentera laut Iran dari angkatan tentera dan Pengawal Revolusi Iran, dijangka mengambil bahagian.
“Sepanjang beberapa hari di utara Lautan Hindi, kru akan melaksanakan latihan membebaskan kapal yang dirampas, mencari dan menyelamat di laut serta menjalankan tembakan artileri ke arah sasaran laut dan udara,” menurut kenyataan itu.
Ketiga-tiga negara yang berkongsi matlamat untuk menyaingi, dianggap sebagai hegemoni Amerika Syarikat (AS) itu juga, pernah menjalankan latihan sama di rantau ini dalam beberapa tahun kebelakangan.