Home Semasa UMNO tiada kaitan siasatan kes Ismail Sabri – Asyraf Wajdi

UMNO tiada kaitan siasatan kes Ismail Sabri – Asyraf Wajdi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Mac – UMNO menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas yang dikaitakan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO memandang serius sebarang cubaan untuk mengaitkan parti itu dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan di rumah individu tertentu yang dikaitkan dengan Ismail.

“UMNO menegaskan bahawa parti ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan tersebut dan berpendirian bahawa SPRM harus diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas, dan adil tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Asyraf, UMNO juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang secara sengaja mengaitkan, menuduh, atau mencipta persepsi bahawa parti itu terlibat dalam kes berkenaan.

Sebelum ini empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri ditahan SPRM serta disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Ekoran siasatan tersebut, pihak SPRM telah merampas wang tunai dalam pelbagai matawang asing berjumlah RM170 juta serta 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta daripada sebuah kondominium yang dijadikan safehouse.

Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil semula Pedana Menteri kesembilan itu esok, untuk dirakam percakapan semula  berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan perbelanjaan serta perolehan dana bagi kempen promosi Keluarga Malaysia ketika pentadbirannya.-airtimes.my

#semasa #airtimes #UMNO #IsmailSabri #SPRM #jongkongemas #keluargaMalaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?