if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Islam dihina, regim berdiam! – Chegu Bard bongkar wayang politik

Islam dihina, regim berdiam! – Chegu Bard bongkar wayang politik

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 MAC – Ketua BERSATU Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kerajaan hari ini sengaja berdiam diri apabila agama Islam dihina, namun pantas bertindak jika melibatkan agama atau kaum lain.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard menyifatkan situasi ini sebagai taktik ‘false flag’ untuk mencetuskan ketegangan kaum dan mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan pentadbiran kerajaan.

“Hari ini bila hina Islam dan Melayu tindakan tak ada malah kalau ada pun lambat,

“Namun jangan terusik agama lain atau kaum lain maka akan segera dihukum. Bila Islam dan Melayu dipertikai ia dipanggil hak asasi tapi bila Melayu pertahan ia perkauman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan tiga penyampai radio ERA yang tular kerana didakwa meniru ritual agama Hindu adalah contoh bagaimana isu agama dimanipulasi.

Chegu Bard menegaskan bahawa insiden seumpama ini pernah berlaku dalam filem komedi P. Ramlee tanpa menimbulkan kontroversi, berbeza dengan situasi sekarang.

“Regim dalam keadaan sangat gagal, ekonomi sangat teruk, data dibentang regim menipu, hakikatnya kos kehidupan menghambat rakyat dengan dasyat,

“Undang undang disalahguna senyapkan pengkritik membungkam rakyat. Korupsi berleluasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jadi alat lindungi rasuah orang regim sebaliknya hukum yang melawan regim. Rakyat makin sedar maka regim kena alihkan isu,” tegasnya lagi.

Beliau turut mempersoalkan layanan istimewa yang didakwa diberikan kepada tiga penyampai radio tersebut ketika hadir di Bukit Aman.

Chegu Bard mendakwa mereka dibenarkan memandu masuk tanpa prosedur biasa seperti meninggalkan MyKad atau telefon bimbit.

Wayang politik untuk tutup kegagalan?

Chegu Bard mendakwa insiden ini sengaja dipergunakan oleh kerajaan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu ekonomi dan korupsi.

Menurutnya, pelbagai kes penghinaan terhadap Islam seperti kes kalimah Allah yang dipersendakan hanya diambil tindakan setelah didesak rakyat.

“Ingat lagi bila arwah Adib (Allahyarham Muhammad Adib), anggota bomba mati dalam rusuhan di Kuil, ada tidak sesiapa dari terlibat ke Masjid Negara, mohon maaf ?

“Atau selepas kalimah Allah distokinkan. Ada tidak KK Mart ke mana mana organisasi agama Islam minta maaf?” ujarnya lagi.

Berbanding dengan insiden terbaru ini, tindakan kerajaan dilihat pantas dan tegas.

Terdahulu, segelintir warganet, khususnya individu bernama Vijayan Savarinathan, Zamri Vinoth, Saravanan Sannugom dan Crime_Man (nama di aplikasi TikTok) memuat naik hantaran yang boleh mencetuskan ketegangan serta perpecahan dalam masyarakat di negara ini.-airtimes.my

#semasa #Malaysia #chegubard #SPRM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply