Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Godam sistem pengenalan diri kerajaan, palsukan kematian semata untuk elak bayar nafkah anak – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Godam sistem pengenalan diri kerajaan, palsukan kematian semata untuk elak bayar nafkah anak

Godam sistem pengenalan diri kerajaan, palsukan kematian semata untuk elak bayar nafkah anak

Jesse Kipf, 39 tahun telah ceroboh sistem pengenalan diri kerajaan bagi memalsukan kematiannya gara-gara hutang US$116,000

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 2 SEPT – Seorang lelaki berusia 39 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 81 bulan kerana menggodam sistem kerajaan untuk memalsukan kematiannya sendiri.

Jesse Kipf telah mengaku bersalah atas tuduhan tersebut dan menyatakan salah satu punca pemalsuan yang dilakukan adalah untuk mengelak daripada membayar nafkah anak.

Kipf telah bercerai pada 2008 di California dan berhutang lebih US$116,000 untuk membayar nafkah kepada anak perempuannya dan bekas isterinya.

Hukuman telah dijatuhkan oleh pihak mahkmah di Kentucky, Amerika Syarikat.

Januari tahun lalu, Jesse Kipf menggunakan beberapa identiti yang dicuri dengan mencipta kes kematiannya sendiri dan salah seorang daripadanya ialah doktor yang tinggal di berlainan negeri.

Kipf menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang dicuri untuk log masuk ke Sistem Pendaftaran Kematian Hawaii. Melalui akses tersebut, Kipf telah memalsukan kematian dirinya dengan menggunakan tandatangan digital doktor.

Pihak penyedia sistem keselamatan siber, Malwarebytes menyatakan insiden tersebut bukan pertama kali dilakukan oleh Kipf yang telah menyusup Sistem Pendaftaran Kematian negeri lain, rangkaian perniagaan swasta dan rangkaian kerajaan serta korporat.

Menurutnya, terdapat kes yang telah disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan di Louisville mendapati Kipf turut menjual maklumat yang diakses olehnya ke rangkaian dark web.

“Defendan telah menggodam pelbagai sistem komputer secara berniat jahat untuk mencuri identiti orang lain bagi kepentingan peribadi, “ kata Ejen Khas FBI Michael E. Stansbury. – airtimes.my

#AirTimes #KeselamatanSiber

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?