Home SemasaGlobal Sebarang serangan balas akan menerima padah yang lebih dahsyat – Iran

Sebarang serangan balas akan menerima padah yang lebih dahsyat – Iran

by Ashraf Manaf

TEHRAN, 18 APR – Iran akan memberikan respons yang dahsyat terhadap sebarang serangan balas dari Israel.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden Iran, Ebrahim Raisi semasa perarakan tentera Iran.

Beliau menegaskan sebarang “serangan yang paling kecil oleh Israel akan mendapat tindak balas yang berat dan keras.”

Ebrahim Raisi juga menyatakan, serangan pada Sabtu adalah serangan yang terbatas dan bukan pada skala penuh.

Israel sebelum ini menyatakan mereka akan mengambil langkah untuk bertindak balas terhadap serangan Iran pada 14 April 2024.

Serangan yang dilancarkan oleh Tehran pada akhir minggu lalu merupakan bentuk balasan terhadap tindakan Israel terhadap kompleks kedutaan Iran di Syria pada 1 April. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Iran

Related Articles

Leave a Reply