Home SemasaGlobal Itali tawar tentera untuk laksana misi pengaman di Gaza

Itali tawar tentera untuk laksana misi pengaman di Gaza

by Wazien Zamri

ROME, 18 APR – Itali bersedia untuk menghantar tentera mereka bagi menyertai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam misi keamanan di Gaza.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar Itali, Antonio Tajani dalam ucapannya ketika mesyuarat bersama Menteri Luar G7 di Capri semalam.

“Sekiranya terdapat jalan penyelesaian atau diperlukan oleh PBB dibawah perintah negara Arab, kami bersedia untuk menghantar pasukan tentera untuk misi keamanan di Gaza,” katanya dalam mesyuarat itu.

Beliau menambah, Pasukan PBB sepatutnya membantu dalam memastikan keselamatan sekiranya Israel dan Palestin bersetuju dengan Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution.

“Misi pengaman di Lubnan boleh digunakan sebagai model bagi menggerakkan operasi ini,” jelas beliau lagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengusir keluar pasukan pengaman luar di Gaza, dia berkeras untuk mengekalkan wilayah tersebut dibawah penguasaan mereka. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global #Itali

Related Articles

Leave a Reply