Home Semasa Kerajaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang – TPM

Kerajaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang – TPM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sehubungan itu, satu draf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung di Sri Perdana, Putrajaya, pada Rabu.

“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan dalam satu kenyataan pada Khamis.-airtimes.my

#Malaysia #airtimes #Madani #pembangkang #semasa

Related Articles

Leave a Reply