Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Filipina mahu fokus pertahanan di kawasan perairan, bangunkan kawasan pulau – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Filipina mahu fokus pertahanan di kawasan perairan, bangunkan kawasan pulau

Filipina mahu fokus pertahanan di kawasan perairan, bangunkan kawasan pulau

by M.Daim

MANILA, 16 JAN – Kerajaan Filipina akan memberikan fokus pertahanan di kawasan perairan dan membina pulau buatan.

Ini bagi mempertingkatkan tahap pertahanan negara itu di kawasan kepulauan terutamanya di Laut China Selatan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Panglima Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Romeo Brawner Jr.

“Kita akan fokus untuk membangunkan pulau-pulau dan fitur maritim di Laut Filipina Barat (Laut China Selatan) agar ia boleh didiami oleh anggota tentera,” katanya dalam laporan PNA.

Menurut Brawner, pembangunan tersebut melibatkan pembinaan kuarters dan fasiliti untuk kegunaan tentera Filipina.

Filipina pada tahun lalu berhadapan dengan situasi genting apabila China bertindak agresif untuk menghalang kapal-kapal yang melakukan ulang bekal ke pos barisan hadapan, terutamanya di BRP SIERRA MADRE, Ayungin Shoal.

Pertembungan agresif ini juga telah disaksikan oleh Brawner sendiri di mana kapal yang dinaiki oleh beliau telah dilanggar oleh pasukan militia maritim dan Pasukan Pengawal Pantai China.

Dalam mempertahankan kawasan perairan mereka, Filipina telah melakukan pelbagai perolehan termasuk pembelian misil pertahanan pesisir Brahmos dari India.

Perolehan tersebut merupakan sebahagian daripada pembangunan kekuatan ketenteraan Manila dalam menghadapi situasi tidak menentu di Laut China Selatan.

Selain itu, Brawner mengumumkan plan modenisasi ketenteraan Filipina yang telah dikaji semula. Menurut beliau, pelan tersebut merangkumi senarai aset dan persenjataan yang diperlukan oleh pihak tentera.

Jelas Brawner, pelan tersebut memberikan fokus kepada modenisasi ketenteraan Filipina dalam operasi pertahanan pesisir.

Ini merangkumi perolehan kapal, pesawat pejuang dan radar. – airtimes.my

#AirTimes #Filipina #LautChinaSelatan

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?