Home PolitikPakatan Harapan #Politik: Digesa letak jawatan, Anwar nasihat Muhyiddin tumpu kes mahkamah

#Politik: Digesa letak jawatan, Anwar nasihat Muhyiddin tumpu kes mahkamah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada kes-kes mahkamah yang dihadapinya berbanding mendesak pihak lain meletak jawatan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan masih mempunyai 2 pertiga majoriti Ahli Parlimen serta memenangi 3 negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas.

“Kita kekal dengan kemenangan tiga negeri, kita masih dapat dua pertiga majoriti ahli Parlimen. Dia (Muhyiddin) fikirkan apa? Saya nasihatkan dia tumpu kes mahkamah,” katanya seperti dilapor Astro Awani pada Khamis.

Anwar berkata demikian susulan desakan Muhyiddin agar beliau dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan serta-merta susulan penolakan pengundi Melayu dalam PRN lepas.

Sebelum ini Muhyiddin dilaporkan berkata, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik itu.

Tegasnya, Barisan Nasional (BN) sudah tidak lagi relevan dalam politik negara ini apabila hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandinginya dalam PRN yang melibatkan 6 negeri baru-baru ini.

Sehubungan itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menggesa kerajaan yang diterajui Anwar dan Zahid Hamidi untuk mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan masing-masing serta merta.

Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama antara lerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditadbir pembangkang, Anwar berkata, perkara itu terserah kepada sikap mereka sekiranya mahu bekerjasama.

“Terserah kepada sikap mereka (pembangkang)… jika mereka mahu kerjasama… saya akan ikut kaedahnya, bukan saja dari segi kenyataan begitu juga tindakan,

“Saya nak pastikan semangat tatakelola itu betul. Mahu wang untuk orang miskin bagi dekat orang miskin, jangan dialihkan ke lain… saya akan tegas bab ini,” ujarnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply