KUALA LUMPUR, 4 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa yang diberi adalah sebagai satu amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul demi kebaikan rakyat.
Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat, iaitu usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada keadaan yang betul, tepat dan sesuai.
“Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan,
“Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook PKR hari ini.
Dalam hantaran itu juga, Anwar mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 kepada semua anggota dan pimpinan parti.- airtimes.my
#airtimes #PKR #DSAI #politik #Malaysia