Home Pertahanan dan Keselamatan LTAT umum kadar dividen 5 peratus bagi tahun 2023

LTAT umum kadar dividen 5 peratus bagi tahun 2023

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Apr – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 5 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM485.08 juta bagi tahun 2023.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah ini menyaksikan peningkatan dengan agihan pendapatan sebanyak RM476.45 berbanding pada tahun sebelumnya.

“Dividen-dividen ini, telah dapat ditentukan kadarnya berasaskan kepada keuntungan dan juga reserve LTAT yang kukuh di sebalik yang menyatakan bahawa keadaan itu tidak terdapat dalam LTAT,

“Jadi kita percaya bahawa LTAT akan terus bergerak dengan baik dan cemerlang seperti yang telah saya katakan sebagai satu tabung pencen untuk anggota tentera yang berkhidmat,

“Pada masa yang sama LTAT mampu untuk memainkan peranan bagi menyertai dan memajukan ekonomi negara melalui penyertaannya dalam pelbagai bidang melalui anak-anak syarikatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tahun 2023 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah beliau, pihaknya akan memastikan LTAT akan terus memainkan peranan seperti yang diharapkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin: Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Pengerusi LTAT, Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi ketika Majlis Pengumuman Dividen LTAT tahun 2023, hari ini. Foto: AirTimes/N.Huda

“Diharap, ini membawa berita gembira kepada seramai 123,380 pencarum iaitu anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyimpan dalam LTAT,

“Kita percaya bahawa LTAT akan terus bergerak dengan baik, cemerlang seperti yang saya katakan sebelum ini,” ujarnya lagi.

Mengenai dakwaan krisis kewangan yang dihadapi LTAT, Khaled berkata, perkara itu berlaku apabila pihak di luar tidak membuat semakan dan terus mempercayai cerita yang dihebahkan.

“Kita tidak mungkin umumkan dividen sebegini sekiranya kita tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kuat dan kukuh,

“Dalam hal ini, kena tanya pihak yang bertanggungjawab. Jangan hanya dengar daripada pihak lain dan selepas sekian lama, baru nak tanya. Ini sebagai satu pengajaran,” tegasnya.

Sebelum itu, beliau dalam ucapannya memaklumkan, pendapatan bersih LTAT telah meningkat kepada RM537.80 juta pada tahun 2023 berbanding RM432.47 pada tahun 2022 yang merupakan peningkatan sebanyak 24%.

Keuntungan Terkumpul selepas dividen LTAT juga telah mula berkembang dengan lebih besar kepada RM756.81 juta berbanding RM498.7 juta pada tahun 2022 yang merupakan peningkatan sebanyak 52% dan berbanding hanya RM38.7 juta pada penghujung tahun 2018.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Pengerusi LTAT, Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #LTAT #dividen

Related Articles

Leave a Reply