Home SemasaGlobal China cadang perbelanjaan ketenteraan sebanyak US$255 bilion pada 2023

China cadang perbelanjaan ketenteraan sebanyak US$255 bilion pada 2023

by M.Daim

BEIJING, 6 Mac – Kerajaan China akan memperuntukkan sebanyak US$255 bilion bagi tujuan perbelanjaan pertahanan dan ketenteraan.

Peruntukan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 7.2 peratus pada tahun ini berbanding 7.1 peratus pada 2022.

Perangkaan peruntukan tersebut telah diterbitkan oleh Kementerian Kewangan China semasa mesyuarat 14th National People’s Congress.

“Sekiranya perbelanjaan ini diluluskan, Beijing telah mengekalkan pertumbuhan perbelanjaan pertahanan satu digit untuk 8 tahun berturut-turut,

“Laporan kerajaan menyatakan pembangunan pertahanan dan ketenteraan China telah mencapai prestasi yang memberansangkan,

“Pasukan tentera telah berjaya mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara dengan baik,” lapor media China.

Sementara itu, Perdana Menteri China, Li Keqiang menegaskan pasukan tentera negara itu perlu mempertingkatkan tahap kesiagaan dan latihan pada semua peringkat.

“Pasukan tentera perlu memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya untuk berlatih dalam situasi peperangan,

“Tentera perlu mempertingkatkan keupayaan mereka dalam segenap sudut dan domain,” katanya semasa berucap di kongres yang dipetik oleh AFP.

Pada masa yang sama, Li Keqiang menegaskan “usaha oleh kuasa asing untuk menekan dan memencilkan China kian meningkat”. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply